15 Dec 2012

Tower of Babel

Bangsa Babylon mempunyai sistem angka yang lebih maju dari yang kita miliki sekarang, dengan sistem posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga membuat jadual untuk membantu dalam proses perhitungan. Mereka membahagi hari sama seperti yang sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit, untuk setiap jam dan setiap 60 minit.  Adat kebiasaan bangsa Babylon ini ikut mempengaruhi bangsa Assyria dan turut memberikan sumbangan terhadap sejarah Timur Tengah dan Eropah Barat di kemudian hari. Babylon mengalami kemerosotan dan jatuh ke dalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi kemudian bangun berkembang kembali sebagai sebahagian negara  daripada kerajaan Assyria selepas abad ke 9 BC. Babylon akhirnya dihancurkan pada 689 BC, oleh bangsa Assyria di bawah kepemimpinan Senna Cherib, tetapi kembali dibina lagi.  Nabopolassar mendirikan apa yang sekarang dikenali sebagai Chaldean atau kerajaan baru Babylon pada 625 BC, dan akhirnya mencapai masa keemasannya di bawah pemerintahan anaknya Nebuchadnezzar (604-562 BC). Kejayaan serta kemegahan Babylon menjadi terkenal dan legenda sejak naik takhtanya Nebuchadnezzar, yang dipercayai sebagai pengasas Taman Tergantung Babylon.