15 Dec 2012



Segi Tiga Bermuda

Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika melintasi kawasan segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat 'cahaya aneh berkemilauan di cakerawala'. Beberapa orang mengatakan telah mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.Berbagai peristiwa kehilangan di kawasan tersebut pertama kali didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya 'Segitiga Setan'. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut kawasan tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’ , setelah istilah itu,  ‘Segitiga Bermuda’ menjadi istilah yang biasa disebut.
Laut Mati dan Hancurnya Kaum Homoseksual

Dalam berbagai penelitian yang dilakukan, peristiwa atau lokasi kejadian diazabnya umat Luth AS ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau di danau Luth yang terletak di sempadan antara Israel dan Yordania.

Berikut ini cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut dalam Al-Quran.”Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.”(QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)

Ajakan Nabi Luth ini justeru ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala Allah SWT mengutus dua orang malaikat dalam wujud manusia kepada Nabi Ibrahim dan Luth (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81), mereka malah meminta Luth untuk menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahkan kepada mereka. Lalu, Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.

Dijelaskan umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara menterbalikkan (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.

Pada tahun 1924 seorang ahli purbakala William Albright melakukan penelitian disekitar laut mati. Beberapa orang yang bersama William Albright mencari keberadaan sisa-sisa Kota Sodom dan Gomorah, hingga akhirnya mereka menemukan situs purbakala Bab-Edh-dhra (dibaca: Babhedra).
Laut Mati

  • Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain.
  • Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada.
  • Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.
  • Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi SAW dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan. 
  • Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.
  • Perakam Tenaga Bunyi
  • Manusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi yang amat berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan ini. Belum ada fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah penyebab tekanan darah tinggi dan punca segala penyakit berjangkit. Tetepi valensi atau gabungan antara garam dan pemakanan masam akan membantu keasidan dan keracunan yang menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat berfaedah kepada manusia. Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga bunyi yang dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh.
  • Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian pinggul juga adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual. Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini. Garam mempunyai kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat diterima semula untuk menyuburkan tanah.
  • Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat.
  • Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.
  • Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara biasa.
  • Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak dialirkan dengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia semakin hari semakin tidak sihat. Adalah memeranjatkan bilamana di dapati bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman, walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.
  • Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badannya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai.
  • Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya. Amalan merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan.
  • Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal.
  • Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.
  • Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang semakin tua dan uzur.



Menara Condong Pisa Itali

Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki)  di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini  ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras  atas pula  lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah.
Pulau Terapung
Tower of Babel

Bangsa Babylon mempunyai sistem angka yang lebih maju dari yang kita miliki sekarang, dengan sistem posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga membuat jadual untuk membantu dalam proses perhitungan. Mereka membahagi hari sama seperti yang sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit, untuk setiap jam dan setiap 60 minit.  Adat kebiasaan bangsa Babylon ini ikut mempengaruhi bangsa Assyria dan turut memberikan sumbangan terhadap sejarah Timur Tengah dan Eropah Barat di kemudian hari. Babylon mengalami kemerosotan dan jatuh ke dalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi kemudian bangun berkembang kembali sebagai sebahagian negara  daripada kerajaan Assyria selepas abad ke 9 BC. Babylon akhirnya dihancurkan pada 689 BC, oleh bangsa Assyria di bawah kepemimpinan Senna Cherib, tetapi kembali dibina lagi.  Nabopolassar mendirikan apa yang sekarang dikenali sebagai Chaldean atau kerajaan baru Babylon pada 625 BC, dan akhirnya mencapai masa keemasannya di bawah pemerintahan anaknya Nebuchadnezzar (604-562 BC). Kejayaan serta kemegahan Babylon menjadi terkenal dan legenda sejak naik takhtanya Nebuchadnezzar, yang dipercayai sebagai pengasas Taman Tergantung Babylon.

Taman Tergantung Babylon

Seluruh wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak taman. Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.

Sejarah Pembuatan Taman Tergantung
Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai Iraq selatan. Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon. Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang. Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua. Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.“Dongeng tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan pada festival tahun baru di Babylon. Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan Tuhan Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi, Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.



Taj Mahal

Taj Mahal mungkin hanya sebuah monument, tetapi monumen tersebut mempunyai makna cinta yang dalam bagi penciptanya. Sejak 1983, Taj Mahal sudah menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia yang ditetapkan UNESCO. Taj Mahal terletak di Agra, India kawasan Uttar Paradesh. Terletak di tepian Sungai Yamuna. Pembinaannya melibatkan 20,000 pekerja, arkitek paling mahir, seniman artistik, ahli kaligrafi, pemahat, ahli batu dari seluruh India, Parsi, dan Turki. Dibina dengan ketepatan, emosi, seni bina mengagumkan.

Dibina selama 22 tahun oleh Shah Jehan sebagai musoleum untuk mengenang isteri tercintanya Mumtaz ul Zamani yang lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Sebuah seni bina atas nama cinta yang menjadi satu bangunan terindah di dunia. Bangunan itu bermula dari sebuah janji. Bermula dari tahun 1631, ketika Mumtaz Mahal terbaring  di sisi suaminya Shah Jehan, setelah melahirkan anak ke-14 bagi sang raja. Perempuan itu menagih 4 janji dari sang raja. Pertama memohon dibangunya sebuah Taj, kedua memintanya tidak kahwin lagi, ketiga menuntut perlakuan baik suaminya pada anak-anak mereka, dan terakhir memintanya untuk mengunjungi makamnya secara teratur.

Shah Jehan, awalnya bernama Khurrum Shihab-ud-din Muhammad, merupakan pangeran dari Dinasti Mughal. Ia lahir dari 1592 di Lahore, dan menjadi putera ketiga yang paling disayang Maharaja Jahangir. Ia kemudian berkahwin dengan Akbarabadi Mahal menyusul isteri kedua kandahari Mahal. Tetapi cinta sejati berkembang apabila ia jatuh hati pada gadis belia 14 tahun Arjumand Banu Begum, cucu bangsawan Parsi.

Shah Jehan terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum diizinkan menikahi gadis menawan itu pada 1612. Dan selepas majlis perkahwinan yang megah itu, isteri ketiganya itu diberi gelaran Mumtaz Mahal Begum. Mumtaz Mahal menjadi isteri yang paling disayangi dan dimanjakannya. Begitu pun isterinya  selalu menemaninya dalam setiap tugasan ke luar daerah, setia menemani di dalam istana, mahu pun di khemah-khemah dalam perjalanan suaminya. Ketika isterinya meninggal dunia, suaminya pun merasa amat sugul. Namun semua kenangan cinta sejatinya diabadikan dalam pembinaan Taj Mahal. Selama 22 tahun (sejak 1631) hingga 1653, keseluruhan Taj Mahal siap dibina.
Nyalaan api yang membentuk kalimah 'Allah'

  • Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.
  • Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.
  • Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.
  • Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.



Piramid

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan bahawa bangunan raksasa, patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun moden zaman dahulu juga dibina daripada tanah liat. Al-Quran ialah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuan Amerika mahu pun Perancis.
Piramid

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Batu bersujud
Kucing bermata satu

Kucing Aneh
Kucing Bersayap
Kucing Aneh
Kucing Berkaki Enam

Sekawan burung membentuk formasi yang menarik

Mangsa Ikan Pirana
Ikan Pirana
Ikan Pirahna - Ikan paling ganas di dunia
Tembikai Empat Segi di Jepun