3 May 2012

Sek.Keb.Kg.Johan Setia


Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia  pada asalnya sebuah sekolah rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1948. Sekolah ini ditubuhkan sebelum negara mencapai kemerdekaan dan ia telah diberi nama sebagai Sekolah  Kebangsaan Ladang Highlands yang dikendali dan ditadbir oleh penduduk Ladang Hingland sendiri. Ia juga dikenali sebagai sekolah rakyat. Ia terletak di tepi Jalan Langat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Klang. Bahan asal bangunan ini diperbuat daripada papan, berukuran 10x14 meter. Ia mempunyai keluasannya sebanyak  ¼ ekar yang ditadbir oleh pihak Ladang Highlands. Pada 1 Januari 1954, pentadbiran sekolah Sekolah Kebangsaan Ladang Hinghland telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Semenjak diambil alih oleh Kementerian Pendidikan, ia telah diterajui oleh En. Abbas Bin Tamsir yang juga merupakan  Guru Besar pertama di sekolah ini.  Sekolah ini telah dinaikkan taraf hingga ke darjah enam. Penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekolah ini banyak dibantu oleh pihak Ladang Highlands. Pada 4 Jun 1990, sekolah ini telah berpindah ke lokasi baru  iaitu di Kampung Johan Setia dan telah dipimpin oleh  Guru Besar baru, En. Hassan Bin Ibot selama tiga tahun.Ketika dibawah kepimpinan En Hassan Bin Ibot, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sk Kampung Johan Setia. Keluasan sekolah ini pada ketika itu lebih kurang 40 ekar. En.Hassan Bin Ibot telah dibantu oleh Guru Kanan En.Narayan Singh serta dua orang guru tetap dan empat orang guru sandaran. Jumlah murid ketika itu lebih kurang 130 orang murid. Lagu rasmi sekolah telah dicipta oleh En. Jamaludin Bin Abd Rahim manakala lencana sekolah dicipta oleh En.Mohd Noh Bin Abdullah.