16 Dec 2012




Pusar Air Gergasi

Whirpool adalah pembentukan air yang unik dan salah satu kolam whirlpool yang paling ketara dan ajaib di dunia adalah whirpool Naruto di Selat Naruto di Hyogo, Jepun. Sejumpah besar air pasang bergerak ke dalam Laut dua kali sehari, dan juga membuang air yang banyak dua kali sehari.
 Anak itik berkaki empat

Lembu berkaki lima 

Ayam Berkaki Empat
 Masjid Raya Baiturrahman, Aceh detik selepas tsunami

Masjid Raya Baiturrahman, Aceh kini
Fenomena 3 matahari di Sanghai, China

Ianya berlaku ketika musim sejuk dan matahari terletak rendah di atas horizon. Kristal ais yang terdapat pada atmosfera menghasilkan 2 pantulan emej matahari di angkasa dan ini mewujudkan ilusi 3 matahari di langit. 
Lauren Johnson

Purata manusia normal maksima bersin adalah 6 atau 7 kali sehari. Tetapi apa yang berlaku kepada gadis ini adalah kes yang ganjil.Lauren Johnson mengalami simptom bersin sebanyak 12,000 (Dua belas ribu) kali sehari. Mengikut anggaran, dia akan bersin lebih 20 kali seminit.
Galaksi Andromeda

Tahukah anda bahawa Milky way atau galaksi Bimasakti yang kita diami ini berada dalam satu kelompok dengan beberapa galaksi yang lain?. Kelompok galaksi yang mana  salah satu darinya adalah galaksi kita dipanggil kumpulan kluster tempatan atau "Local Galaxy Cluster" . Terdapat lebih kurang 31 buah yang berada dalam kumpulan ini. Kebanyakan galaksi dalam kumpulan ini terdiri dari galaksi yang kecil atau juga dikenali sebagai "dwarf galaxy" atau galaksi kerdil. Galaksi yang paling besar dalam kumpulan ini ialah galaksi Andromeda. Ia dikatakan mempunyai bilangan bintang 2 kali ganda lebih banyak dari Bimasakti kita. Bimasakti kita merupakan yang kedua terbesar dalam kumpulan ini diikuti oleh galaksi M33 (Trigulum galaksi). Yang menarik mengenai galaksi Andromeda ialah ia boleh dilihat dengan mata kasar sahaja pada malam hari jika kita mengetahui kedudukanya dengan terlebih dahulu mengetahui buruj Pegasus. Ia kelihatan sebagai satu kelompok awan nipis sahaja pada malam hari dan agak sukar bagi mereka yang melihat buat pertama kalinya. Dipercayai galaksi ini sedang menghala kearah galaksi kita dan suatu hari nanti (maksud di sini bilion tahun lagi) kedua-dua galaksi akan bertembung. Tahukah anda orang yang pertama menjumpai galaksi ini? Orang itu ialah seorang ahli astronomi Persian yang dikenali sebagai As-Sufi dalam tahun 964 AD. Beliau menggelarkan galaksi ini sebagai "Awan Kecil". Menakjubkan lagi mengenai Galaksi Andromeda ini ialah ia mempunyai dua buah satelit galaksi yang kecil sama seperti Bimasakti kita  yang juga mempunyai dua buah galaksi satelit.
 Planet Zuhal yang dirakam dari kapal angkasa Cassini Huygens
Perbandingan saiz planet Zuhal dengan bumi

Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang menyerupai Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta. Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode: ). Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.
Planet Zuhrah