15 Dec 2012

Taj Mahal

Taj Mahal mungkin hanya sebuah monument, tetapi monumen tersebut mempunyai makna cinta yang dalam bagi penciptanya. Sejak 1983, Taj Mahal sudah menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia yang ditetapkan UNESCO. Taj Mahal terletak di Agra, India kawasan Uttar Paradesh. Terletak di tepian Sungai Yamuna. Pembinaannya melibatkan 20,000 pekerja, arkitek paling mahir, seniman artistik, ahli kaligrafi, pemahat, ahli batu dari seluruh India, Parsi, dan Turki. Dibina dengan ketepatan, emosi, seni bina mengagumkan.

Dibina selama 22 tahun oleh Shah Jehan sebagai musoleum untuk mengenang isteri tercintanya Mumtaz ul Zamani yang lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Sebuah seni bina atas nama cinta yang menjadi satu bangunan terindah di dunia. Bangunan itu bermula dari sebuah janji. Bermula dari tahun 1631, ketika Mumtaz Mahal terbaring  di sisi suaminya Shah Jehan, setelah melahirkan anak ke-14 bagi sang raja. Perempuan itu menagih 4 janji dari sang raja. Pertama memohon dibangunya sebuah Taj, kedua memintanya tidak kahwin lagi, ketiga menuntut perlakuan baik suaminya pada anak-anak mereka, dan terakhir memintanya untuk mengunjungi makamnya secara teratur.

Shah Jehan, awalnya bernama Khurrum Shihab-ud-din Muhammad, merupakan pangeran dari Dinasti Mughal. Ia lahir dari 1592 di Lahore, dan menjadi putera ketiga yang paling disayang Maharaja Jahangir. Ia kemudian berkahwin dengan Akbarabadi Mahal menyusul isteri kedua kandahari Mahal. Tetapi cinta sejati berkembang apabila ia jatuh hati pada gadis belia 14 tahun Arjumand Banu Begum, cucu bangsawan Parsi.

Shah Jehan terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum diizinkan menikahi gadis menawan itu pada 1612. Dan selepas majlis perkahwinan yang megah itu, isteri ketiganya itu diberi gelaran Mumtaz Mahal Begum. Mumtaz Mahal menjadi isteri yang paling disayangi dan dimanjakannya. Begitu pun isterinya  selalu menemaninya dalam setiap tugasan ke luar daerah, setia menemani di dalam istana, mahu pun di khemah-khemah dalam perjalanan suaminya. Ketika isterinya meninggal dunia, suaminya pun merasa amat sugul. Namun semua kenangan cinta sejatinya diabadikan dalam pembinaan Taj Mahal. Selama 22 tahun (sejak 1631) hingga 1653, keseluruhan Taj Mahal siap dibina.