18 Dec 2012



Restoran Atas Pokok




Pokok Pelangi


The Rainbow Eucalyptus(Pokok Pelangi) adalah satu-satunya spesies kayu putih yang tumbuh di belahan bumi utara.Pokok ini dapat tumbuh tinggi sehingga 70meter dan biasanya tumbuh untuk diambil kayunya,digunakan untuk membuat kertas putih.Ada banyak fakta menarik lainnya tentang Rainbow Eucalyptus,tapi pertanyaan yang jelas muncul,mengapa tidak terlihat seperti dicat?Rahsia di sebalik Pokok Rainbow Eucalyptus sebenarnya cukup mudah. Pokok-pokok berkulit itu tumbuh setiap tahun,tapi tidak pada waktu yang sama.Kerana kulit penutupnya hilang,kulit hijau di dalamnya terdedah meluas,setiap kulit baru pertama berubah kebiruan,kemudian oren,ungu dan merah. Hal ini menciptakan kesan pelangi yang membuat pokok-pokok ini begitu indah untuk dilihat.




5 Jambatan Menakutkan di Dunia

Taufan (Siklon Tropika)

Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan. Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika. Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26° C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali sebagai taufan. Ia terbebtuk semasa musim panas Hemisfera Utara di mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah terbentukl di lautan tropika yang panas dan bergerak ke arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan akhirnya, menjadi taufan yang matang. Semasa pembentukan siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran ribut petir yang terbentuk membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik meninggi di dalam atmosfera.Mata siklon berdiameter antara 30 – 100 kilometer merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif adalah di sekeliling mata, ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara melingkar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan bebas awan. Taufan biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya bertambah dan mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan latitud antara 5º U dan 20º U, dan longitud antara 130º T dan 170º T. Taufan biasanya bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan seterusnya melencong ke arah timur laut menuju daratan Asia. Taufan jarang berlaku di selatan latitud 5º U. Di Malaysia tidak wujud landaan terus taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut China Selatan, Malaysia menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan ribut yang kerap melanda Sabah di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang berada di sekitar pantai vietnam juga memberikan kesan yang sama kepada negeri-negeri di barat laut Semenajung Malaysia.Ribut tropika GREG yang melanda pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996 dan ribut tropika Vamei yang melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember 2001 adalah dua kes pengecualian yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup pada kelajuan 70 kmpj itu telah memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama beberapa jam sebelum menjasi lemah.