18 Dec 2012
Pokok Pelangi
The Rainbow Eucalyptus(Pokok
Pelangi) adalah satu-satunya spesies kayu putih yang tumbuh di belahan bumi
utara.Pokok ini dapat tumbuh tinggi sehingga 70meter dan biasanya tumbuh untuk
diambil kayunya,digunakan untuk membuat kertas putih.Ada banyak fakta menarik
lainnya tentang Rainbow Eucalyptus,tapi pertanyaan yang jelas muncul,mengapa
tidak terlihat seperti dicat?Rahsia di sebalik Pokok Rainbow Eucalyptus
sebenarnya cukup mudah. Pokok-pokok berkulit itu tumbuh setiap tahun,tapi tidak
pada waktu yang sama.Kerana kulit penutupnya hilang,kulit hijau di dalamnya terdedah
meluas,setiap kulit baru pertama berubah kebiruan,kemudian oren,ungu dan merah.
Hal ini menciptakan kesan pelangi yang membuat pokok-pokok ini begitu indah
untuk dilihat.
Taufan (Siklon Tropika)
Taufan
atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara
panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana
ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera
utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan. Siklon
Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus
kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat
seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar
keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali
mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan
ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika. Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu
permukaanya 26° C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali
sebagai taufan. Ia terbebtuk semasa musim panas Hemisfera Utara di mana suhu di
Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan
rendah terbentukl di lautan tropika yang panas dan bergerak ke arah barat, ia
mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan akhirnya,
menjadi taufan yang matang. Semasa pembentukan
siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air laut yang panas. Haba
dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga
kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran ribut petir yang
terbentuk membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik meninggi di dalam
atmosfera.Mata siklon berdiameter antara 30 – 100 kilometer merupakan pusat
tekanan rendah ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif
adalah di sekeliling mata, ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara
melingkar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat.
Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata,
membentuk kawasan bebas awan. Taufan
biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya bertambah dan
mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan
latitud antara 5º U dan 20º U, dan longitud antara 130º T dan 170º T. Taufan
biasanya bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan seterusnya
melencong ke arah timur laut menuju daratan Asia. Taufan
jarang berlaku di selatan latitud 5º U. Di Malaysia tidak wujud landaan terus
taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut China
Selatan, Malaysia menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan
ribut yang kerap melanda Sabah di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang
berada di sekitar pantai vietnam juga memberikan kesan yang sama kepada
negeri-negeri di barat laut Semenajung Malaysia.Ribut tropika GREG yang melanda
pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996 dan ribut tropika Vamei yang
melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember 2001 adalah dua kes pengecualian
yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup pada kelajuan 70 kmpj itu telah
memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama beberapa jam sebelum menjasi
lemah.
17 Dec 2012
Jambatan transparent tertinggi di dunia
Jambatan
transparent yang menakjubkan ini berada pada ketinggian 1430 meter di sisi
gunung Tianmen di Zhangjiajie, China. Dengan berdiri di atas jambatan yang
diperbuat dari kaca setebal 2,5 inchi ini pengunjung dapat merasakan sensasi
terapung pada ketinggian 1430 meter.
16 Dec 2012
Pusar Air Gergasi
Whirpool
adalah pembentukan air yang unik dan salah satu kolam whirlpool yang paling
ketara dan ajaib di dunia adalah whirpool Naruto di Selat Naruto di Hyogo,
Jepun. Sejumpah besar air pasang bergerak ke dalam Laut dua kali sehari, dan
juga membuang air yang banyak dua kali sehari.
Galaksi Andromeda
Tahukah
anda bahawa Milky way atau galaksi Bimasakti yang kita diami ini berada dalam
satu kelompok dengan beberapa galaksi yang lain?. Kelompok galaksi yang
mana salah satu darinya adalah galaksi
kita dipanggil kumpulan kluster tempatan atau "Local Galaxy Cluster"
. Terdapat lebih kurang 31 buah yang berada dalam kumpulan ini. Kebanyakan
galaksi dalam kumpulan ini terdiri dari galaksi yang kecil atau juga dikenali
sebagai "dwarf galaxy" atau galaksi kerdil. Galaksi yang paling besar
dalam kumpulan ini ialah galaksi Andromeda. Ia dikatakan mempunyai bilangan
bintang 2 kali ganda lebih banyak dari Bimasakti kita. Bimasakti kita merupakan
yang kedua terbesar dalam kumpulan ini diikuti oleh galaksi M33 (Trigulum
galaksi). Yang menarik mengenai galaksi Andromeda ialah ia boleh dilihat dengan
mata kasar sahaja pada malam hari jika kita mengetahui kedudukanya dengan
terlebih dahulu mengetahui buruj Pegasus. Ia kelihatan sebagai satu kelompok
awan nipis sahaja pada malam hari dan agak sukar bagi mereka yang melihat buat
pertama kalinya. Dipercayai galaksi ini sedang menghala kearah galaksi kita dan
suatu hari nanti (maksud di sini bilion tahun lagi) kedua-dua galaksi akan
bertembung. Tahukah anda orang yang pertama menjumpai galaksi ini? Orang itu
ialah seorang ahli astronomi Persian yang dikenali sebagai As-Sufi dalam tahun
964 AD. Beliau menggelarkan galaksi ini sebagai "Awan Kecil". Menakjubkan
lagi mengenai Galaksi Andromeda ini ialah ia mempunyai dua buah satelit galaksi
yang kecil sama seperti Bimasakti kita
yang juga mempunyai dua buah galaksi satelit.
Planet Zuhal yang dirakam dari kapal angkasa Cassini Huygens
Perbandingan saiz planet Zuhal dengan bumi
Zuhal merupakan planet yang
keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas
Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun,
diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal berasal dari
bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali
sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang menyerupai
Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta.
Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode: ♄). Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya
mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan
oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap
planet dan bintang. Zuhal mempunyai satu sistem
gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan
sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan
mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas
Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia
merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan
atmosfera.
15 Dec 2012
Segi Tiga Bermuda
Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika
melintasi kawasan segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat
'cahaya aneh berkemilauan di cakerawala'. Beberapa orang mengatakan telah
mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan
navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.Berbagai
peristiwa kehilangan di kawasan tersebut pertama kali didokumentasikan pada
tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis
artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan
laut di kawasan tersebut dan menyebutnya 'Segitiga Setan'. Hal tersebut diungkit
kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat
George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut kawasan tersebut sebagai
‘Segitiga Bermuda yang mematikan’ , setelah istilah itu, ‘Segitiga Bermuda’ menjadi istilah yang biasa
disebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)















































