Kotak Hitam MH17
Ia sedang dianalisis di ibu pejabat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough, di barat daya Londan. Pakar AAIB ditugaskan mengeluarkan maklumat daripada perakam suara kokpit yang mengandunig rakaman perbualan juruterbang serta perakam maklumat penerbangan.Kedua-dua kotak hitam itu diserahkan kepada AAIB oleh OVV yang mengetuai siasatan nahas yang mengorbankan 298 nyawa, 193 daripadanya rakyat Belanda.OVV juga mengendalikan siasatan in bersama pasukan dari lapan negara termasuk Russia. Pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi pesawat terhempas menyerahkan kotak hitam itu kepada pegawai Malaysia Selasa lalu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/25